Saturday 12 April 2014

Pemilihan Cabang Kuala Langat



Kenapa David tidak layak sebagai Ketua Cabang .

     1. David tidak bermastautin di Kuala Langat .Menyukarkan beliau untuk bertindak pantas jika ada perkara yang penting .

.     2.Sikap beliau gagal membentuk semangat ‘Teamwork ‘ yang menjadi tunjang penting didalam sesuatu pertubuhan . Beliau sendiri sering menimbulkan rasa tidak puas hati kepada AJK dan  ahli dan memusuhi beberapa orang AJK nya sendiri .

       3.Sebagai Ketua beliau tidak mempunyai kemahiran “decisions maker” terutama didalam saat yang mendesak . Lihat sahaja berapa kali beliau berdolak dalik soal mempertahankan kerusi Ketua Cabang .

     4. Dalam membuat keputusan beliau tidak mengamalkan “keputusan kolektif “ .sering mengetepikan suara ramai .
.   

     5. Matlamat perjuangan beliau lebih kepada Perjuangan Peribadi beliau daripada mengutamakan kepentingan ahli dan orang ramai .

.     6.David menjadi ahli PKR Kuala Langat melalui cara yang tidak beretika dimana beliau telah melobi puluhan ribu kepada Ketua Cabang sewaktu itu dan kini beliau juga mengamalkan kaedah yang sama dimana seorang ahli baru telah di lantik menjadi Ahli Majlis setelah ahli berkenaan mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai sewa pejabat cabang .

       7.Beliau seorang yang tidak mempunyai prinsip sejati . Beliau dan ahli menolak keputusan pencalonan Abdullah Sani menjadi calon Parlimen Kuala Langat , tetapi semasa ahli cabang membuat protes ke rumah DSAI , dimana beliau waktu itu ? Semasa pencalonan TSKI sebagai Timbalan Presiden , dimanakah beliau ?

       8.Sebagai Ketua Cabang , adakah patut beliau berkata “ Parti ni memang Parti tak boleh harap . Saya telah banyak habis duit ,,inikah balasan nya ? ”  Adakah matlamat beliau terlibat didalam parti semata mata mahukan kedudukan dan mengaut keuntungan ?


9.Sebagai Ketua Cabang , beliau secara langsung atau tidak langsung telah mengengkari keputusan Pusat untuk menyokong pencalunan Abdullah Sani sebagai calon MP dengan menganjurkan himpunan bantahan di dalam pejabat Cabang .

      10.Matlamat peribadi beliau terserlah apabila beliau bertanding calun MPP kerana telah melaburkan banyak wang sedangkan beliau sendiri telah GAGAL dalam mentadbir Cabang Kuala Langat .

11. Pada 10/2/2012 Beliau telah gagal dalam menangani kemelut di Cabang dan umpama lelaki yang bacul telah menghantar surat perletakan jawatan yang bererti beliau lari dari tanggung jawab tetapi seolah olah kembali menjilat lidah sendiri apabila masih menjadi Ketua Cabang sehingga kini ..


No comments:

Post a Comment