Sunday 13 April 2014

Ketua Cabang Kuala Langat- Pertandingan 6 penjuru .

14 April 2014 - Buat pertama kalinya pertandingan Ketua Cabang Kuala Langat memperlihatkan pertandingan melibatkan 6 penjuru . Macamni spy pun pening nak pantau .Geng BN pulak rasanya dah mendahului cerita ni . Macamanapun aku tak nak kaitkan BN pasal dalam PKR ni pun ramai bekas BN ..dari UMNO , MCA dan MIC .
                          Ini berbedza dengan sewaktu tertubuhnya KeAdilan dalam tahun1998 dulu .Kebanyakan nya adalah reformis sejati . Kalau ada pun petualang UMNO yang menagihkan keadilan dalam sistem kerajaan kita . Mereka mereka ini berjuang tanpa  dana , mengerah tenaga , sedikitpun tak teringat pasal Jawatan atau Kedudukan . Kumpulan ini berjuang didalam tindasan, tekanan dan kekalahan .
                        Kini bila PKR menguasai Selangor khasnya , mula timbul kaum kaum yang lantang bersuara REFORMASI sedangkan hakikatnya mereka ini tak faham istilah reformasi . Gulungan ini juga yang berebut rebut mencari kedudukaan dan kuasa atas matlamat yang jauh berbedza .
                        Mentaliti sebahagian pendokong tegar PKR juga mula berubah arah .Sanggup mengagungkan Ketua Ketua jelmaan ini kerana wang ringgit ,kuasa dan jawatan .Maka berlakulah perebutan 6 penjuru ini .
                       Kumpulan Dolah Sani terus berhajat untuk menguasai Cabang setelah beberapa kali gagal .Yang Aku hairan ni , khidmat utama pada masyarakat tolak tepi .Tak pernah cuba mengukur pencapaian diri di Kuala Langat . Rakyat nampak semua tu .Tapi gulungan ni peduli apa . Mereka fikir boleh atur macam orang main dam haji semata mata nak kuasa .
                       Kumpulan Hj Basuki pula , kalau dulu jadi pengipas Dolah Sani kali ini 'derhaka ' pada gurunya .Maklumlah mungkin rasa ilmu dah cukup , atau dah mula rasa pemimpin yang haprak harus di tentang .
                       Kalau dulu Norazmi lah yang membuka ruang kepada David masuk ke cabang kali ni Norazmi mungkin menyedari beliaumembuat kesilapan yang besar . Semua ahli pun dah tahu , Ahli melayu mungkin tolak mentah mentah Norazmi , lebih lebih cubaan untuk berkompromi dengan beliau cuma dipandang sepi . Norazmi tak ada jalan lain untuk mengumpul pengundi terpaksa mengharap simpati  Karu dari  kumpulan kaum India .
                      David pula setelah berdolak dalih akhirnya bertindak  mempertahankan jawatan KC .Mungkin kali ini David silap percaturan . Sikapnya yang memandang rendah ahli Kuala Langat dan kepimpinan beliau yang lemah dan GAGAL mungkin memakan tuan kali ini .Sangkaan dan keyakinan 70% beliau mungkin meleset . David dah boleh nampak bagaimana kumpulan India yang memenangkan beliau dulu mula berpaling arah .Kaum Melayu pula mula menolak David kecuali pengampu , pengipas dan pengesat bontot David yang takut hilang jawatan .
                   Radha memang lama memasang niat untuk menjadi KC diatas pengaruh dan kekuatan beliau dari kaum India .dan kerna itu juga beliau berfikir sudah sampai masanya untuk menentang David atau Dolah Sani sekali pun .
                    Zainal yang nampak ruang dan kemelut ini mencuba masuk daun .Jika Zainal pandai berkompromi dengan orang orang lama PKR atau yang dipanggil 'pengkianat' ini , peluang Zainal akan cerah . Kenapa saya katakan begitu ? Kumpulan yang dinamakan pengkianat ini sebenarnya lah kumpulan yang matang dalam politik .Mereka tiada kepentingan diri . Mereka juga nampak permainan pemimpin pemimpin ni . Kepakaran mereka jangan dipandang sebelah mata .Zainal nampak macam Lone Ranger , tetapi Zainal  kena bijak untuk approach Team Lama ni , saya  percaya Team ini boleh menyusun dan menggabungkan beberapa calon dari line up Team lain . Mereka akan menjadi orang tengah dalam hal ini .zainal perlu menonjolkan pada masyarakat bahawa Line up Team ini berwibawa membawa masa depan yang baru pada Cabang . Kerjasama Team lama ini akan banyak membantu Zainal kerana mereka punya banyak kepakaran . Zainal kena bertindak pantas dari sekarang .

No comments:

Post a Comment